By Mullah
Assalamualaikum dan Alhamdulillah, penulis dapat lagi menulis dalam artikel ilmiah ini. Merujuk kepada tajuk di atas, annus horribilis adalah bermaksud ‘tahun terburuk’ dalam Bahasa Latin. Tajuk di atas adalah dalam bentuk pertanyaan kerana dalam minggu pertama Januari 2008, negara telah digemparkan dengan 3 berita sensasi dan hangat.
Pertama adalah skandal seks Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, selaku Menteri Kesihatan Malaysia, dengan ‘kenalan peribadi’nya (personal friend) dan peletakan jawatannya pada 2 Januari 2008 (NST Online Edition). Beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, Naib Presiden MCA, Ahli Parlimen Labis, Ketua Perhubungan MCA Johor dan Ketua Bahagian MCA Batu Pahat. Peristiwa ini yang mungkin menjadi ‘story of the year’ hanya berlaku pada minggu lepas.
Kedua adalah kes penculikan adik Sharlinie Nashar yang berusia 5 tahun pada hari Rabu 09012008 di Taman Medan, Petaling Jaya. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa kilometer dari tempat mayat Nurin Jazimin dijumpai (rujuk blog Lim Kit Siang yang bertarikh 11 Januari 2008). Kes ini berlaku sewaktu berlakunya peningkatan sebanyak 13.4% dalam kes jenayah di Malaysia, yang mencatatkan 224,298 kes jenayah pada tahun 2007.
Di samping kes penculikan tersebut, negara sekali lagi digemparkan dengan kes pembunuhan kejam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Dato’ S. Krishnasamy, selaku Timbalan Pengerusi MIC Johor. YB Dato’ S Krishnasamy telah ditembak pada jarak dekat di dalam lif bangunan MIC Johor di Johor Baharu pada petang Jumaat 11012008 (rujuk laman web Harakahdaily)
Apa sudah jadi, Pak Lah??? Dalam masa 2 minggu sahaja, terdapat 3 kes jenayah sensasi. Walau pun dalam kes Datuk Seri Chua dikelaskan sebagai kes politik, penulis berpendapat kes ini adalah kes jenayah dan polis wajar memanggil Datuk Seri Chua dan ‘kenalan rapat’nya untuk membantu siasatan polis. Bayangkan dalam tahun ini sahaja ada 52 minggu dan adakah kita, selaku rakyat Malaysia, terpaksa di’gempar’kan dengan 52 kes jenayah??? Tidak cukupkah dengan 3 kes ini untuk membuka mata Kerajaan untuk menubuhkan IPCMC (Independent Police Complaints dan Misconduct Commission)??? Atau Kerajaan hendak menunggu ketika negara digawatkan dengan 52 kes jenayah, baharulah Kerajaan sedar akan kepentingan pasukan polis yang betul-betul ‘Mesra, Cekap dan Betul’??? Fikir-fikirkanlah.......

No comments:
Post a Comment