By Mulah
Assalamualaikum dan Alhamdulillah, aku dapat menulis dalam tazkirah elektronik ini dan pada Hari Asyura ini, aku dapat berjumpa dengan Cik Nah, adik bongsu Ayahku yang telah lama tidak berjumpa. Cik Nah telah pergi bekerja di Kuwait pada tahun 2006 dan hampir 2 tahun tidak berjumpa dengan Cik Nah. Cik Nah datang ke Subang Jaya dengan Ayah Pa dan Cik Jah dan Alhamdulillah, aku, Kak Lin dan Emak ada di rumah ketika itu.
Yang menariknya adalah apabila Cik Nah bercerita tentang pengalamannya bekerja sebagai pereka fesyen di Kuwait. Cik Nah menceritakan bahawa 300 ‘Kuwait Dollar’atau KD adalah bersamaan dengan RM 1,200 dan itulah duit raya yang diterima oleh anak-anak kawan Cik Nah baru-baru ini. Cik Nah pun sempat melancong ke Bahrain dan Dubai sepanjang tempoh bekerjanya di Kuwait. Ada satu perkara lagi yang menarik iaitu tentang kereta. Kereta di sana rata-ratanya adalah Ferrari dan Cadillac dan Cik Nah baru terserempak dengan kereta Lumbhogerni (maaf kalau ejaan tidak betul).
Hhm.......... tak mainlah kereta Proton Saga, Toyota Camry dan Hyundai kat sana. Hahahahahahahahaha. Tentang minyak pula, Cik Nah mengatakan bahawa orang tempatan di sana mempercayai bahawa minyak akan berterusan sehingga 20,000 tahun lagi. Cik Jah tidak percaya dengan anggapan orang tempatan tersebut dan aku bersikap mendiamkan diri sahaja. Setahu aku, memang ada pendapat yang mengatakan bahawa minyak ini adalah ‘living organism’ dan ada yang berpendapat ia adalah ‘non-renewable resource’. Menurut al-Jazeera, Presiden Sarkozy, iaitu Presiden Perancis sekarang, mengatakan bahawa sumber minyak akan habis dalam jangka masa 20 hingga 40 tahun lagi dan sumber gas asli akan habis dalam jangka masa 100 tahun lagi. Jadi, aku tidak tahu nak pilih pendapat mana yang lebih ‘sahih’ dan terpulang kepada pembaca untuk membuat keputusan.
Malangnya, Cik Nah memberitahu kami yang Kuwait amat bergantung rapat kepada tentera Amerika Syarikat. Kapal-kapal tentera Amerika Syarikat kelihatan teratur di persisiran pantai Kuwait. Dengan kehadiran tentera Amerika Syarikat di sana, segelintir rakyat Kuwait, menurut Cik Nah, bersikap bodoh sombong. Raja Kuwait yang terdahulu mempunyai isteri yang tidak terhingga dan anak yang tidak terhingga ramainya. Rakyat Kuwait berkabung selama 4 hari berikutan kemangkatan Raja Kuwait. Cik Nah ada juga menceritakan tentang kaum lelaki dan perempuan Arab di sana, dan tidak ketinggalan juadah makanan di Kuwait. Itu semua, insyaALLAH, akan aku tulis pada sesi tazkirah akan datang.....Jumpa lagi.........
No comments:
Post a Comment