
Kematian ‘sensasi’ kedua adalah berlaku di dalam negara kita. Pada hari Khamis 24 Januari 2008 yang lepas, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah meninggal dunia di Pantai Medical Centre ketika berusia 65 tahun. Menurut New Straits Times edisi online yang bertarikh 24 Januari 2008, Allahyarham Tan Sri telah menghidap penyakit kanser prostat, selain penyakit buah pinggang. Allahyarham yang dilahirkan pada 8 Disember 1942 merupakan ‘orang kanan’ Tun Dr Mahathir Mohamad dan telah menjadi ‘special assistant’ kepada Tun pada tahun 1975. Beliau pernah menjadi timbalan menteri selama 13 tahun dan sebagai menteri selama 4 tahun. Jawatan terakhir Allahyarham Tan Sri Megat Junid di dalam UMNO adalah sebagai Ketua Penerangan UMNO dari tahun 2000 hingga 2003. Selain daripada kematian Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, negara kita juga telah kehilangan seorang peguam yang berkaliber iaitu Rizal Chris Fernando. The Star edisi online pada tarikh 20 Januari 2008 melaporkan bahawa Allahyarham telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) setelah menjalani pembedahan ‘triple by-pass surgery’. Keadaan Allahyarham bertambah teruk selepas pembedahan tersebut. Allahyarham Rizal Chris Fernando, adalah bekas Presiden Mahkamah Sesyen dan namanya melonjak naik selepas isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Kesimpulannya, melalui 3 cerita kematian ini, kita boleh menilai sendiri dan menepuk dada kita ‘Apakah sumbangan kita sepanjang kehidupan kita ini?’. Adakah sumbangan kita sama seperti Heath Ledger dalam bidang perfileman (terbuka kepada pelbagai intrepretasi) atau pun kita telah memberi sumbangan dalam politik tanah air seperti Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub atau pun Allahyarham Rizal Chris Fernando?? Ataupun kita hanya duduk di rumah, melepaskan penat dan berehat di rumah, setelah bekerja seharian, tanpa memberi apa-apa sumbangan kepada sesiapa pun??? Ini adalah satu persoalan yang menarik dan terpulanglah kepada kita samada hendak memberi sumbangan, baik kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat atau pun negara, atau pun hanya memikirkan tentang masa hadapan kita sendiri. Sesungguhnya, kita hendaklah cuba untuk menyumbangkan sesuatu, paling minima kepada orang lain, untuk menjadikan kehidupan kita lebih bermakna. Kesimpulannya, penulis mengajak diri penulis dan pembaca supaya berfikir iaitu ‘How history thought about us when we have already died????’ Jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment