Thursday, September 11, 2008

Maghfirah... Let's go get it!

Assalamualaikum...

Tanpa disedari, kita sudah masuk ke fasa kedua bulan Ramadhan Al-Mubarak, yakni fasa 'Maghfirah'.
Saya teringat kata-kata seorang rakan yang merupakan seorang ustaz, fasa ini adalah fasa berlari-lari anak, sebelum fasa memecut dalam sepuluh malam yang terakhir, mengejar Lailatul Qadar.
Lalu saya menge'check' diri saya, dan ingin mengajak sahabat-sahabat menge'check' diri masing-masing juga. Bagaimana dengan tarawih, tadarus, solat sunat, sedekah dan amalan-amalan lain. Adakah bertambah, atau kekal di takuk lama, atau -na'uzubillah- berkurangan?
Dan lebih penting, adakah Ramadhan kali ini -setakat ini- lebih baik daripada tahun-tahun lepas...

Berbalik kepada fasa Maghfirah-

Janganlah kita lupa bahawa Allah dengan sifat Ghaffar-Nya, sangat suka untuk mengampunkan serta menutup kesalahan hamba-hambaNya.

Di dalam Al-Quran, Allah mengulangi perkataan al-hukmu (hukuman/punishment) sebanyak 117 kali, namun rupa-rupanya Allah mengulangi perkataan-perkataan yang berasal dari ghafara (pengampunan/penutupan dosa) sebanyak 234 kali. Lebih dua kali ganda!

Adakah ia kebetulan? Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana. Adakah Allah mahu menunjukkan bahawa setiap satu kesalahan/dosa yang kita lakukan, terdapat dua peluang untuk mendapatkan pengampunan? MasyaAllah.

Sesungguhnya antara makna Asma' Allah, Al-Ghaffar, adalah Yang menutupi dosa-dosa hamba-hambaNya. Menutupi bukanlah bermaksud menghapuskan. lalu saya tertanya, bukankah lebih baik kita memohon Allah menghapuskan terus dosa-dosa kita. Bukan sekadar tutup-tutup sahaja.

Namun ternyata Allah itu Maha Sempurna. Penutupan dosa itu rupa-rupanya adalah antara Nikmat terbesar Allah untuk hambaNya di syurga kelak. Bagaimana?!

Kita sedia maklum, tidaklah kita mampu untuk masuk ke dalam syurga Allah semata-mata dengan amalan kebaikan kita. Bahkan tanpa rahmat dan keizinan Allah, bau syurga pun tidak akan singgah kepada kita. Lalu, di syurga nanti, Allah akan tunjukkan kepada kita dosa-dosa kita yang telah lalu dan telah ditutupi oleh Allah dengan sifat GhaffarNya, sekaligus menunjukkan kepada kita betapa besarnya nikmat yang sedang kita kecapi di syurga ketika itu! SubhanAllah.

Lalu, sahabat-sahabat sekalian, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan dari Allah SWT. Serulah Allah dengan nama-namaNya yang mulia dan mohonlah keampunan di atas dosa-dosa kita dan ahli keluarga kita.

Sesungguhnya, Allah lebih suka memasukkan hamba-hambaNya ke dalam SyurgaNya dengan taubat mereka, daripada memasukkan mereka ke dalam nerakaNya dengan sebab dosa-dosa mereka...






Type rest of the post here

No comments: