Sunday, September 21, 2008

Krisis Kewangan??

By Mullah

Assalamualaikum dan Alhamdulillah, penulis dapat menulis lagi dalam blog ini setelah sekian

lama menyepi dan memencilkan diri daripada dunia penulisan. Alhamdulillah jua kerana penulis

dapat menulis tentang krisis kewangan yang melanda ketika ini

Menurut laporan akhbar, 10 bank di Amerika Syarikat telah 'gulung tikar' kerana krisis sub -

prima sektor perumahan dan baru-baru ini, AIG (American International Group) telah kerugian

USD 18.5 billion (RM 68 billion) dan mungkin akan diselamatkan oleh Federal Reserve. Hhmmm

Di Malaysia, saham kita telah mengalamai kejatuhan yang teruk sejak 2 tahun lepas dan

menurut laman web The Star, saham kita telah melonjak naik ke paras 1025.7 apabila ditutup

pada 19 September 2008 yang lepas. Jadi, apakah penyelesaiannya???

Di sini, penulis ingin berkongsi ilmu daripada sebuah buku yang sedang dibaca oleh penulis iaitu

'Make Money, Not Excuses' yang dikarang oleh Jean Chatzky, seorang penasihat kewangan

terkenal Amerika Syarikat dan pernah muncul dalam rancangan Oprah. Pesanannya ialah :-

1. Maksimakan Pendapatan kita

2. Minimumkan lagi Perbelanjaan

3. Laburkan Simpanan kita (minimum 10% setiap bulan) dan

4. Lindungi Simpanan kita

Okaylah, sampai di sini sahaja penulis berkongsi idea dan ilmu. Jumpa lagi



No comments: