Thursday, March 27, 2008

Lagenda Elfarren... (1)

Assalamualaikum...

Ruangan kali ini adalah ruangan pertama saya menulis dalam bahasa Melayu (tidak termasuk beberapa 'entry' awal bagi tazkirah dan kuliah tafsir sebelum ini).
Sememangnya tujuan asal blog ini diwujudkan adalah sebagai medan untuk saya memperbaiki bahasa inggeris saya terutama dalam bentuk penulisan. Di kalangan sahabat-sahabat saya, ramai yang sudah mengetahui bahawa saya bercita-cita untuk menjadi penulis. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa saya berhasrat untuk menulis dalam bahasa Inggeris; di samping turut menulis dalam bahasa Melayu juga. Itu adalah salah satu sebab saya mengambil kelas bahasa Inggeris di UiTM Shah Alam (selain daripada bahasa Perancis)...

Begitu juga agak ramai yang sudah mengetahui bahawa saya sebenarnya sudah pun menyiapkan sebuah novel berbahasa Melayu, kira-kira setahun yang lepas. Ya, setahun yang lepas! Sehinggakan ada yang bertanya bilakah novel saya itu akan diterbitkan kerana mereka sudah tidak sabar untuk membacanya..! ???

Sememangnya saya sangat ingin mempercayai bahawa kata-kata mereka itu bukan sekadar berbasi-basi atau sekadar satu topik perbualan setelah lama tidak berjumpa. Tetapi, beberapa keadaan yang berlaku tidak berapa lama dulu telah membuatkan saya hilang keyakinan dengan hasil penulisan saya sendiri, seterusnya membuatkan novel saya terperap begitu lama sehinggalah sekarang...

Lebih setahun yang lepas, saya betul-betul berkeyakinan tinggi dan mempunyai harapan yang besar terhadap hasil tulisan saya. Pada fikiran saya, saya telah berjaya menghasilkan karya yang menarik dan lain daripada yang lain (dalam pasaran buku di Malaysia). Malah, saya mula menghubungi beberapa rakan saya supaya mencarikan 'contact' bagi publishing house yang mungkin berminat untuk menerbitkan buku saya.
Namun, rupa-rupanya saya hanya berangan-angan besar sahaja.

Publisher pertama yang saya jumpa (actually the one and only, last year), direkomenkan oleh sahabat baik saya, Ramadhan. Saya masih ingat perasaan teruja saya ketika itu untuk berjumpa dengan pemilik syarikat itu. Dengan penuh semangat, saya membawa bersama laptop saya dalam perjumpaan yang bertempat di kafe IKEA, Mutiara Damansara. Syarikat itu masih baru dan pemiliknya adalah seorang wanita yang sangat 'nice' dan 'sporting' (for the purpose of this entry, I'll call her kakak F). Tanpa membuang masa, saya membuka laptop dan menyerahkan kepadanya untuk membaca bab 1 daripada novel saya itu.

Agak lama kakak F membacanya, sementara saya berbual-bual dengan Ramadhan di sebelah saya. Suasana di IKEA ketika itu begitu sibuk dan beberapa pengunjung di situ kelihatan memandang-mandang ke meja kami yang agak 'crowded' dengan laptop, makanan dan juga gelas minuman. Namun, saya tidak mempedulikan pandangan2 itu. Saya kini sedang mengorak langkah untuk menjadi 'penulis terkenal', kata saya dalam hati.

Namun, saya mula mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila Kakak F mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah saya. Pandangannya redup dan definitely, tidak ada tanda 'excitement' pada wajahnya seperti yang saya harap2kan.
"Naratif awak bagus..." dia memulakan. Okay... "tetapi ayat yang awak gunakan... panjang sangat."
Itu adalah komen pertama yang saya terima. Saya hanya mengangguk, masih lagi berasa yakin. Kemudian Kakak F menambah, "bila kita menulis kita kena bayangkan siapa pembaca kita. Biasanya pembaca buku ingin membaca sambil berehat-rehat, dalam keadaan relaks. Jadi ayat yang kita gunakan kenalah mengikuti gaya pembacaan pembaca kita..."
Itu hanyalah sedikit sahaja. Ada beberapa lagi komen dan pandangan yang diberikan oleh Kakak F ketika itu, cuma saya tidak berapa mengingatinya lagi kini.
Perasaan saya ketika itu? 'Down', namun masih lagi bersemangat. Apatah lagi, Kakak F mengatakan dia agak berminat untuk menerbitkan novel itu. Cuma... saya perlu memendekkan novel itu, atau bahagikan kepada dua.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, 1st draft novel saya itu setebal hampir 800 mukasurat, A4, double spacing. Saya tahu, ia agak tebal, tetapi saya tidak tahu bahawa ia sebenarnya sangat tebal bagi standard buku Melayu. Walaupun setelah dibahagi dua, 400 - 400, ia masih lagi dikira tebal!

Ketika itulah, saya mula menyedari apa masalah sebenar saya apabila menulis dalam bahasa Melayu, dan mengapa ayat saya panjang-panjang dan agak berbelit.
Semuanya kerana bahasa Inggeris saya...!!! (Bersambung dalam entry Novel Melayu... (2))

** Penulis baru saja memulaan satu lagi blog. Blog itu khas untuk novel pertama tulisan penulis. 'Working title' setakat ini adalah 'Lagenda Elfarren'. Just click on the 'Elfarren' at the shoutbox to visit the blog. And while you're there, please leave a comment. Thank you...


2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum wrt. wbt.

Zahar,

Selamat berkarya. Teruskan perjuangan. Jangan patah semangat. Tetapkan keyakinan bahawa suatu hari nanti akan tercapai jua cita-cita.

InsyaAllah, jika kita bersungguh-sungguh, yakin pada diri, istiqamah & tak putus-putus berdoa memohon kepada-Nya, Allah akan berikan pertolongan & jalan keluar yang tak disangka-sangka.

Ana akan terus berikan sokongan kepada anta kerana ana yakin dengan kemampuan & kebolehan yang ada pada diri anta. Kerana seperti anta juga, ana pernah memasang impian yang sama iaitu menjadi seorang penulis novel suatu ketika dahulu. Jadi kepada anta, ana akan berikan sokongan yang tidak berbelah bagi.

Kalau novel anta sudah diterbitkan nanti, ana adalah antara orang terawal yang membeli & membacanya. Ana akan terus berdiri di belakang anta. Jadi jangan hampakan harapan & sokongan ana kepada anta.

Bersama kita melakar impian & cita-cita.

-SYAMSUL HADI ABDUL SUKOR.

Aidan Z said...

Thanks Hadi,
terharu betul membaca tulisan anta. Ya, ana masih ingat kita berbual tentang perkara ini, di rumah Penchala, x lama dulu. Thanks Hadi. Really appreciate it...