Thursday, March 20, 2008

Menang Sorak Kampung Tergadai

Pepatah 'Menang Sorak Kampung Tergadai' merupakan simpulan bahasa dan berkaitan rapatdengan kisah Pak Kaduk, yang menang sorak dalam pertandingan sabung ayamnya dengan ayam Raja dan akhirnya, Raja yang memenangi pertandingan sabung ayam tersebut dan memiliki Kampung Pak Kaduk. Ungkapan tersebut juga boleh didapati daripada artikel Mufti Kerajaan Negeri Perlis Darul Sunnah, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam akhbar Mingguan Malaysia yang bertarikh 16 Mac 2008. Dalam artikel Dr Asri tersebut, Dr Asri menyebut tentang 'jatuh'nya 4 buah negeri ke tangan Barisan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Selain Kelantan, Kedah merupakan 'Malay Heartland' disebabkan majoriti penduduk negeri tersebut berbangsa Melayu dan beragama Islam. Bagaimanakah dengan Pulau Pinang, Perak dan Selangor?? Apakah pandangan Dr Asri tentang ke'jatuh'an negeri-negeri tersebut ke tangan Barisan Rakyat dan pada masa yang sama, negeri-negeri tersebut tidak mempunyai majoriti Melayu-Islam?? Tunggulah pandangan Dr Asri dalam keluaran Mingguan Malaysia pada edisi 23 Mac 2008. Pada masa yang sama, Wartawan Mingguan menemubual Dr Mohd Agus Yusoff, yang merupakan penganalisis politik tanahair dan ahli akademik UKM. Beliau menegaskan bahawa dalam PRU kali ini, PAS adalah lemah, walau pun, memenangi Kelantan dan Kedah, dan pada masa yang sama, UMNO LEBIH LEMAH berbanding dengan PAS. Pilihan Raya Umum kali ini adalah bantahan kaum-kaum di Malaysia terhadap polisi-polisi dan dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional bagi penggal 2004-2008
  1. Kaum Melayu - Kaum Melayu, secara rata-ratanya, membantah polisi Kerajaan dalam beberapa aspek seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga petrol dan yang lebih khususnya adalah dalam perkara yang melibatkan agama Islam. Kes Lina Joy pada tahun 2007 dan sebelum itu, pengkebumian jenazah Muhammad Abdullah@M.Moorthy. Tiada keputusan konkrit daripada pihak Kerajaan Malaysia dan inilah antara sebab, kaum Melayu membuang undi protes terhadap kerajaan Barisan Nasional
  2. Kaum Cina - Kaum Cina merupakan kaum yang pragmatik dan secara umum, kita mengetahui bahawa kaum Cina menguasai sektor swasta dan perniagaan di Malaysia. Akan tetapi, pada kali ini, kaum Cina menyedari bahawa parti MCA dan Gerakan tidak dapat berbuat apa-apa apabila Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, menghunuskan keris pada Perhimpunan Mesyuarat Agung UMNO yang lalu dan juga dengan pelbagai isu yang jelas sekali menjejaskan pendapatan mereka. Kenaikan harga minyak dan harga barang jelas sekali menjejaskan pendapatan mereka, yang rata-rata, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, berbanding dengan kaum Melayu, yang rata-rata, masih bergantung kepada Kerajaan
  3. Kaum India - jelas sekali kaum India adalah 'kingmaker' dalam Pilihan Raya Umum ke-12 apabila dengan jelas dan nyata, mereka me'numbang'kan Presiden MIC selama lebih 25 tahun , Datuk Seri S. Samy Vellu, di kawasan Parlimen Sungai Siput. Sebanyak 60% pengundi India mengundi Dr Michael Jeyakumar di kawasan tersebut dan secara langsung, menamatkan perkhidmatan Datuk Seri S. Samy Vellu dalam Kerajaan. Peristiwa HINDRAF pada tahun 2007 secara lansung merupakan 'cry of desperation' kaum India kepada pihak Kerajaan secara terbuka dan pihak Kerajaan gagal menangani masalah mereka
Hhhmmm............ Penulis secara jujur tidak mengetahui akan masa depan negara kita pasca Pilihan Raya Umum ke=12 ini. Akan tetapi, penulis mengetahui bahawa Pilihan Raya Umum ke-12 adalah 'waking-up call' kepada pihak Kerajaan dan Barisan Rakyat supaya bekerja dengan lebih keras lagi, membela kebajikan rakyat jelata, di samping, mentadbir negara kita ini ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020 kelak.....Jumpa lagi...............

No comments: