Sunday, July 15, 2007

Permulaan Menulis

Assaamualaikum dan Alhamdulillah, aku dapat menulis dalam blog Abang Zahar @ Aidan Z setelah mendapat jemputan baru-baru ini. InsyaALLAH jua, tulisanku ini adalah permulaan bagi siri-siri tulisan hasil pengalaman, pengamatan, pembacaan, perbincangan dan pengetahuan selama ini. Untuk permulaan adalah majlis penikahan dan kenduri Ajis pada 13072007 dan 14072007 baru -baru ini.

Untuk pengetahuan, Ajis merupakan kenalan rapatku sejak 2001 lagi dan secara kebetulan, aku dan dia hampir serupa dan bagaikan kembar. Kami belajar di Universiti Malaya, belajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan duduk di Kolej Kediaman Kesembilan selama 4 tahun berturut-turut. Cuma, Ajis dapat menghabiskan pengajiaannya pada tahun 2005 dan aku pada tahun 2006 dan sekarang, Ajis sudah berkahwin dan aku masih bujang lagi...Hahahahahaahaha...

Secara kebetulan juga, pada tanggal 06072007,seminggu sebelum majlis pernikahan Ajis, atukku, Aboh meninggal dunia pada hari Jumaat bertepatan pada 1115 di Katil 16, Aras 4A, Hospital Putrajaya. Alhamdulillah, aku berada pada kedua-dua peristiwa tersebut dan menyaksikan akan kedua-dua peristiwa tersebut. Firman ALLAH Taala dalam Ayat 2, Surah al-Mulk: Yang Menjadikan mati dan hidup, supaya DIA menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalanya. Dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Melalui ayat al-Quran ini, aku berbaik sangka kepada ALLAH Taala yang menguji akan daku dan banyak hikmah yang tersirat dan tersurat yang masih belum aku temui....

Kepada para pembaca sekalian, minta maaf kerana ini adalah 'posting' yang pertama dan agak peribadi sedikit... Dan kepada Abang Zahar, thanks for inviting me..... I am honoured to write in this lovely blog..... Hehehehehehehehe.... Jumpa lagi......

No comments: