Tuesday, November 4, 2008

Autism dan Anda

Telah lama penulis tidak menulis dalam blog Aidan ini. Dalam entry pada kali ini, penulis akan membicarakan tentang sebuah buku yang ditulis oleh Jenny McCarthy yang bertajuk 'Louder Than Words'. Buku setebal 200 muka surat ini adalah berkenaan tentang anak Jenny McCarthy iaitu Evan yang menghidapi penyakit autism dan pengalaman Jenny apabila berhadapan dengan masalah ini


Apakah itu autism? Autism, mengikut pandangan peribadi penulis, ialah sejenis penyakit mental atau dengan lebih tepat lagi penyakit 'neuroimmune' dan adalah hasil daripada gabungan genetik dan persekitaran. Mengikut buku tersebut, pada tahun 1970-an, 1 daripada 10,000 orang menghidapi penyakit autism dan meningkat kepada 1 dalam 150 orang pada kurun ke 20. Walau pun penyakit ini merebak dengan cepatnya di Amerika Syarikat, penyakit autism ini semakin dikenali di Malaysia walau pun jumlahnya kecil. Buku ini merupakan buku bukan fiksyen kedua yang penulis baca yang ditulis oleh seorang wanita. Buku pertama bukan fiksyen yang pertama dibaca oleh penulis yang ditulis oleh seorang perempuan ialah buku 'I am Muslim' oleh Dina Zaman.
Jenny McCarthy menceritakan bagaimana dalam menghadapi krisis ini, beliau telah dilanda masalah emosi dan kekeluargaan yang dahsyat. Bayangkan, dalam usaha mendiagnos penyakit yang dihidapi oleh Evan ini, Evan telah mengalami 'seizure' sebanyak 8 kali. Doktor demi doktor dan hospital demi hospital gagal memberi keputusan yang tepat berkenaan tentang penyakit Evan ini. Sehinggalah apabila Jenny membawa anaknya bertemu dengan seorang doktor di Texas, Amerika Syarikat. Baharulah diketahui bahawa anaknya mempunyai penyakit autism.
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang bagaimana Jenny McCarthy menghadapi masalah autism ini dengan jayanya, capailah buku ini di kedai buku yang berhampiran......Jumpa lagi.....

1 comment:

Shu said...

pendek citer, autism ni lemah dlm banyak benda, tapi kebiasaannya dia akan super expert dalam sesuatu perkara, cth melukis ke, menyanyi ke. Albert einstein dipercayai seorang autistic.