This blog is a journey of one humble guy, in the quest of what is important in his life and the real meaning of true happiness. It is his utmost wish to share this journey with you and in the process, to help your quest to find yours...
Monday, October 27, 2008
Baca Novel...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, saya baru balik dari kampung di Melaka, dan terus terasa hendak menulis sesuatu di sini. Lagipun dah lama sangat rasanya tidak mencoretkan apa-apa, dan lebih lama lagi tidak menulis dalam bahasa Melayu. So, minta maaf awal-awal kalau tulisan ni sedikit tunggang-langgang ek...
Balik baru-baru ni, dua kakak saya dan anak-anak saudara saya semuanya sedang dalam 'mood' membaca novel. 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Hijab Sang Pencinta'. Untuk pengetahuan anda, mood membaca bukanlah sesuatu yang aneh dalam keluarga saya kerana kami boleh dikategorikan sebagai ulat buku. Malah, ia adalah situasi biasa jika kedengaran mak saya memanggil, namun tidak mendapat sebarang jawapan lantaran semuanya sedang sibuk membaca!
Namun, jangan risau. Panggilan kali kedua biasanya akan terus mendapat reaksi positif daripada kitorang semua kerana suara mak saya... huu... nyaring betul! Hehe, Sori Mom...!
Berbalik kepada kisah membaca tadi- bagaimanapun. ada sesuatu yang sangat berbeza sebenarnya di sebalik 'kebiasaan' itu. Iaitu material bahan bacaan kami; novel berbahasa Melayu.
Sebelum weekend baru-baru ni, sudah lama benar rasanya tidak ada novel Melayu di rumah kami. Sebulan sekali kami balik kampung, masing-masing pasti akan membawa buku masing-masing. Namun, semuanya buku omputih. Sesekali kami kongsi 'review' buku yang kami baca dalam bulan tu, juga tiada satu pun buku dalam bahasa ibunda.
Dan seperti yang saya katakan tadi, hinggalah hujung minggu ini.
Saya telah membaca novel 'Ayat-ayat Cinta' lama dulu. Memang best! Mungkin novel bahasa Melayu paling bagus yang pernah saya baca. Kakak saya baru nak membaca novel itu sejak menonton filemnya baru-baru ni. Dan anak-anak saudara saya pun baru nak menurut langkah. Since saya sorang saja yang dah baca buku tu, saya pun bagi review pada mereka. Saya katakan pada mereka, novel itu memang bagus, dan mereka memang patut membacanya!
Namun, bukan itu yang hendak saya ceritakan...
Buku yang kedua bertajuk 'Hijab Sang Pencinta', tulisan Ramlee Awang Mursyid, terbitan Alaf21.
Buku ini adalah buku ketiga dan menurut penulisnya, buku terakhir, dalam siri kisah Laksamana Sunan, watak utama dalam buku itu. Buku pertamanya, Bagaikan Puteri, diikuti, Cinta Sang Ratu, dikatakan telah menjadi 'best-seller' dan dijangka buku ketiga itu juga tidak ada masalah untuk mencapai status yang sama.
Saya harus akui, ketiga-tiga buku ini adalah buku-buku yang saya betul-betul suka. Begitu juga dengan ahli keluarga saya yang lain. Jika tidak, masakan saya harus 'beratur' di belakang anak-sanak saudara saya untuk membaca buku itu!
Jadi, di sini saya ingin ambil kesempatan untuk memberitahu, barangsiapa yang seperti dalam mood untuk membaca novel Melayu yang sedap dibaca, saya sarankan ketiga-tiga buku Ramlee Awang Mursyid tadi. Banyak unsur-unsur supernatural diselang-selikan dengan unsur islamik. Unsur sejarah yang menjadi latar belakang buku ini berjaya dikupas dengan menarik, di samping unsur 'romance' yang agak ringan... InsyaAllah, anda akan menyukainya.
Hmm, dalam kealpaan saya, perkembangan buku Melayu sejak kebelakangan ini sudah semakin rancak, dan saya lebih daripada gembira untuk mengikutinya. Jadi, jika anda pernah terbaca buku/novel Melayu yang baik/best, bolehlah beritahu saya ye. Sharing is improving...
Terima Kasih...
Type rest of the post here
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betul sekarang ni novel berbahasa Melayu sudah semakin baik.
Saya mula membeli buku novel melayu sejak Ayat-Ayat Cinta. Sehingga sekarang kebanyakan novel yang saya suka beli adalah novel Melayu terutamanya terbitan Jemari Seni, PTS, Galeri Ilmu & Alaf 21 (terhad kepada novel yang ada unsur Islamika sahaja)
Koleksi Ramlee Awang Mursyid hampir semua saya ada juga Faizal Tehrani.
Post a Comment