By MullahAssalamualaikum dan Alhamdulillah, penulis dapat menulis dalam blog ini, buat pertama kalinya dan sebelum ini, penulis hanya 'copy and paste' daripada simpanan koleksi artikel penulis. InsyaALLAH, penulis akan membincangkan tajuk iaitu 'Minyak dan Khabar Angin'. Dalam artikel ini, penulis merujuk kepada laman web 'National Economic Action Council' atau dikenali sebagai
NEAC dan para pembaca pun boleh merujuk kepada laman web tersebut. NEAC menyebut bahawa: -
- Harga seliter minyak petrol RON 97 yang telah disubsidikan adalah sebanyak RM 1.92
- Harga seliter minyak petrol RON 92 yang telah disubsidikan adalah sebanyak RM 1.88
- Seliter diesel yang telah disubsidikan adalah bernilai RM 1.581, dan
- Seliter 'liquifeid petroleum gas' adalah bernilai RM 1.75 dan telah disubsidikan
nyak adalah USD 3.21 pada 1971 dan pada tahun 2005, ia telah mencecah harga USD 67.29. Dengan berbekalkan kepada fakta ini, mari kita meninjau berapa banyaknya keuntungan yang diperolehi oleh PETRONAS. Merujuk kepada laman web yang sama, pada tahun kewangan 2004/2005, PETRONAS telah mencatat membayar sebanyak RM 31 billion kepada Kerajaan Malaysia dalam bentuk cukai, dividen dan royalti. Pembayaran ini telah meningkat dari RM 21.3 billion pada 2003/2004 dan RM 18.6 billion pada tahun 2002/2003. Dengan pembayaran yang mencecah berbillion ringgit ini, PETRONAS telah melabur semula dalam aktiviti mencari telaga minyak yang baru, samada di dalam atau pun di luar negara, dan melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih berkesan.Akan tetapi, menurut Saudara Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat, PETRONAS telah mengaut keuntungan yang besar. Dalam laman web rasmi Dewan Pemuda PAS Pusat, PETRONAS telah mencatat keuntungan sebanyak RM 70 billion ketika harga minyak setong bernilai USD 70 dan dengan harga setong minyak meningkat kepada USD 100, keuntungan PETRONAS akan meningkat sekali ganda iaitu kepada RM 140 billion. Persoalannya, adakah Kerajaan masih mampu mensubsidikan harga seliter minyak lagi??? Jawapannya adalah YA. Penulis telah mendengar khabar angin yang mengatakan bahawa :-
- Harga seliter minyak akan dinaikkan sebanyak 2 kali pada tahun 2008. Kali pertama, ia akan dinaikkan kepada RM 2 seliter dan pada kali kedua, ia akan dinaikkan sebanyak 50 sen kepada RM 2.50 seliter. Jadi, kepada para pembaca sekalian, bersiap sedialah menghadapi kenaikkan harga minyak ini. Kenaikkan ini akan meningkatkan lagi kos sara diri, kos pengangkutan (perjalanan balik kampung pun akan meningkat) dan kos makanan (harga makanan pun akan meningkat), dan
- Gaji para kakitangan kerajaan akan dinaikkan sebanyak 16% iaitu jika seorang pegawai kerajaan itu mendapat gaji sebanyak RM 2,000, gaji barunya akan bernilai RM 2,320. Kenaikkan ini akan meningkatkan lagi kos sara diri, kos pengangkutan dan kos makanan di negara kita. Kesimpulannya, pada tahun 2008 ini, Kerajaan akan meningkatkan lagi kos sara diri rakyat sebanyak 3 KALI dan adakah kita bersiap sedia menghadapinya???
Bonsoir everybody,
My parents had one of those old-time rotary telephones. This drove my brother crazy. Once, he misdialled a long-distance number and had to do it all over again.
Assalamualaikum...
Assalamualaikum dan Alhamdulillah, aku dapat menulis dalam koleksi artikel ini dan tajuk di atas adalah berkenaan dengan Islam. Kali ini, penulis merujuk kepada makalah terbitan Unit Penerangan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) pada 1 Februari 2008 dan bersamaan 23 Muharram 1429 H.
Makalah tersebut tidak mengemukakan hipotesis tentang siapakah yang bertanggungjawab terhadap peristiwa ini dan ini telah mengajak penulis dan pembaca sekalian berfikir ‘Siapakah yang bertanggungjawab??’. Adakah pihak pelajar terlibat dalam peristiwa tersebut atau pun pihak luar atau pun kedua-dua pihak, yakni pihak pelajar dan pihak dari luar Universiti Malaya merancang melakukan perbuatan terkutuk tersebut?? Adakah ini dilakukan oleh mereka yang bukan Islam atau pun mereka yang mengaku Islam seperti puak Black Metal, yang mengamalkan amalan yang bercanggah dengan Al-Quran dan as-Sunnah seperti membakar al-Quran?? Persoalan demi persoalan timbul dari peristiwa tragis ini, yang mencuit jiwa dan perasaan mereka yang beragama Islam dan simpati kepada hak kebebasan beragama.
Assalamualaikum dan Alhamdulillah, penulis dapat menulis lagi dalam artikel ini dengan tajuk yang ‘lain’ daripada yang lain iaitu tentang kematian. Penulis akan merujuk kepada kematian yang ‘sensasi’ pada bulan Januari 2008 dan InsyaALLAH, ia akan merangkumi 2 episod sahaja. Pertama sekali adalah kematian pelakon Heath Ledger pada hari Selasa 22012008 di Manhattan, New York. Laman web al-Jazeera yang bertarikh 23 Januari 2008 telah melaporkan bahawa, Heath Ledger ditemui meninggal dunia di atas katilnya dalam keadaan tidak berpakaian. Pelakon yang berusia 28 tahun ini telah berlakon dalam pelbagai filem seperti The Patriot (2000), Casanova (2003) dan filem kontroversi Brokeback Mountain (2005). (sila rujuk Wikipedia yang dikemaskinikan pada 24 Januari 2008). Heath Ledger juga telah berlakon sebagai ‘The Joker’dalam filem terbaru ‘The Dark Knight’ yang akan difilemkan pada tahun ini.
Assalamualaikum and Alhamdulillah, I could write in this tazkirah and also in Taman Tun, my former rented house, while I was a student. Today, Saturday 02023008, Abang Zahar, Shah and I have a chance to visit the new-opened shopping mall in Kuala Lumpur, The Pavillion. We went there by car and also using public transportations, Monorail and LRT. Alhamdulillah, we reached there by 1535 like and Alhamdulillah, like a new-opened building, there are a lot of crowd, comprising local residents and also foreign tourists.
Assalamualaikum dan Alhamdulillah, aku dapat menulis dalam tazkirah elektronik ini dan pada Hari Asyura ini, aku dapat berjumpa dengan Cik Nah, adik bongsu Ayahku yang telah lama tidak berjumpa. Cik Nah telah pergi bekerja di Kuwait pada tahun 2006 dan hampir 2 tahun tidak berjumpa dengan Cik Nah. Cik Nah datang ke Subang Jaya dengan Ayah Pa dan Cik Jah dan Alhamdulillah, aku, Kak Lin dan Emak ada di rumah ketika itu.
Today’s posting is specially for my brother; who, besides my family, is one of the most important person in my life. Without doubt! And I for one, can never be grateful enough to Allah for this lifetime gift to me, that more often than not, makes me feel blessed and lucky, all at the same time.