Assalamualaikum dan Alhamdulillah, penulis dapat menulis lagi dalam artikel ini dengan tajuk yang ‘lain’ daripada yang lain iaitu tentang kematian. Penulis akan merujuk kepada kematian yang ‘sensasi’ pada bulan Januari 2008 dan InsyaALLAH, ia akan merangkumi 2 episod sahaja. Pertama sekali adalah kematian pelakon Heath Ledger pada hari Selasa 22012008 di Manhattan, New York. Laman web al-Jazeera yang bertarikh 23 Januari 2008 telah melaporkan bahawa, Heath Ledger ditemui meninggal dunia di atas katilnya dalam keadaan tidak berpakaian. Pelakon yang berusia 28 tahun ini telah berlakon dalam pelbagai filem seperti The Patriot (2000), Casanova (2003) dan filem kontroversi Brokeback Mountain (2005). (sila rujuk Wikipedia yang dikemaskinikan pada 24 Januari 2008). Heath Ledger juga telah berlakon sebagai ‘The Joker’dalam filem terbaru ‘The Dark Knight’ yang akan difilemkan pada tahun ini.Kematian ‘sensasi’ kedua adalah berlaku di dalam negara kita. Pada hari Khamis 24 Januari 2008 yang lepas, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah meninggal dunia di Pantai Medical Centre ketika berusia 65 tahun. Menurut New Straits Times edisi online yang bertarikh 24 Januari 2008, Allahyarham Tan Sri telah menghidap penyakit kanser prostat, selain penyakit buah pinggang. Allahyarham yang dilahirkan pada 8 Disember 1942 merupakan ‘orang kanan’ Tun Dr Mahathir Mohamad dan telah menjadi ‘special assistant’ kepada Tun pada tahun 1975. Beliau pernah menjadi timbalan menteri selama 13 tahun dan sebagai menteri selama 4 tahun. Jawatan terakhir Allahyarham Tan Sri Megat Junid di dalam UMNO adalah sebagai Ketua Penerangan UMNO dari tahun 2000 hingga 2003. Selain daripada kematian Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, negara kita juga telah kehilangan seorang peguam yang berkaliber iaitu Rizal Chris Fernando. The Star edisi online pada tarikh 20 Januari 2008 melaporkan bahawa Allahyarham telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) setelah menjalani pembedahan ‘triple by-pass surgery’. Keadaan Allahyarham bertambah teruk selepas pembedahan tersebut. Allahyarham Rizal Chris Fernando, adalah bekas Presiden Mahkamah Sesyen dan namanya melonjak naik selepas isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Kesimpulannya, melalui 3 cerita kematian ini, kita boleh menilai sendiri dan menepuk dada kita ‘Apakah sumbangan kita sepanjang kehidupan kita ini?’. Adakah sumbangan kita sama seperti Heath Ledger dalam bidang perfileman (terbuka kepada pelbagai intrepretasi) atau pun kita telah memberi sumbangan dalam politik tanah air seperti Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub atau pun Allahyarham Rizal Chris Fernando?? Ataupun kita hanya duduk di rumah, melepaskan penat dan berehat di rumah, setelah bekerja seharian, tanpa memberi apa-apa sumbangan kepada sesiapa pun??? Ini adalah satu persoalan yang menarik dan terpulanglah kepada kita samada hendak memberi sumbangan, baik kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat atau pun negara, atau pun hanya memikirkan tentang masa hadapan kita sendiri. Sesungguhnya, kita hendaklah cuba untuk menyumbangkan sesuatu, paling minima kepada orang lain, untuk menjadikan kehidupan kita lebih bermakna. Kesimpulannya, penulis mengajak diri penulis dan pembaca supaya berfikir iaitu ‘How history thought about us when we have already died????’ Jumpa lagi....
Assalamualaikum and Alhamdulillah, I could write in this tazkirah and also in Taman Tun, my former rented house, while I was a student. Today, Saturday 02023008, Abang Zahar, Shah and I have a chance to visit the new-opened shopping mall in Kuala Lumpur, The Pavillion. We went there by car and also using public transportations, Monorail and LRT. Alhamdulillah, we reached there by 1535 like and Alhamdulillah, like a new-opened building, there are a lot of crowd, comprising local residents and also foreign tourists.
Assalamualaikum dan Alhamdulillah, aku dapat menulis dalam tazkirah elektronik ini dan pada Hari Asyura ini, aku dapat berjumpa dengan Cik Nah, adik bongsu Ayahku yang telah lama tidak berjumpa. Cik Nah telah pergi bekerja di Kuwait pada tahun 2006 dan hampir 2 tahun tidak berjumpa dengan Cik Nah. Cik Nah datang ke Subang Jaya dengan Ayah Pa dan Cik Jah dan Alhamdulillah, aku, Kak Lin dan Emak ada di rumah ketika itu.
Today’s posting is specially for my brother; who, besides my family, is one of the most important person in my life. Without doubt! And I for one, can never be grateful enough to Allah for this lifetime gift to me, that more often than not, makes me feel blessed and lucky, all at the same time.
Another week passed by, taking us deeper into the new year 2008/1429H. And yet, it was as if yesterday we were breathing a new year’s air, sketching a new year’s resolution, and dreaming of a better future for this new year.
Assalamualaikum dan Alhamdulillah, penulis dapat menulis dalam artikel ilmiah ini dan dengan bertemakan tajuk di atas, yang di'inspired' daripada buku yang bertajuk ‘Our Iceberg is Melting’. Buku ini telah ditulis oleh John Kotter dan Holger Rathgeber. John Kotter adalah pakar kepimpinan dari Harvard Business School, yang merupakan antara ‘top three’ universiti terbaik di dunia.
Sebagai contoh, penulis membawa contoh Al Gore, mantan Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke- 45 dan merupakan pemenang bersama Hadiah Nobel bagi Keamanan (Nobel Peace Prize) 2007. Al Gore telah memperjuangkan kesedaran akan alam kepentingan alam sekitar (environmental awareness) sejak tahun 1970-an iaitu dengan mendesak akan pengurangan kadar lepasan gas karbon dioksida ke atmosfera. Kemuncak perjuangan Al Gore adalah dengan mengeluarkan filem dokumentari yang bertajuk ‘An Inconvenient Truth’pada tahun 2006, dan antara
Penulis cuba membawa perjuangan Martin Luther King, tokoh pejuang hak asasi manusia di Amerika Syarikat dan pemenang termuda Hadiah Nobel bagi Keamanan (Nobel Peace Prize) pada tahun 1964. Mendiang Martin Luther King adalah seorang pemidato terkenal Amerika Syarikat yang terkenal dengan pidatonya yang bertajuk ‘I Have a Dream’. Kesan pidatonya yang cukup men’cengkam’ jiwa dan perasaan ini telah mengubah, bukan sahaja tingkah laku dan hala tuju rakyat Amerika Syarikat, akan tetapi hala tuju negara Amerika Syarikat tersebut. Kesan pejuangannya telah berjaya memaksa Kerajaan Amerika Syarikat memasukkan hak asasi kaum kulit hitam dan hak buruh dalam ‘Civil Rights Act of 1964’ dan ‘Voting Rights Act of 1965’. (sila rujuk laman web Wikipedia yang dikemaskinikan pada 10 Disember 2007).
Assalamualaikum and Alhamdulillah, I could write in this wonderful tazkirah just after coming back from Subang Parade. I went there to read some books like Dilema Melayu by Tun Dr Mahathir Mohamad, a book written by Datuk Zaid Ibrahim and of course, a wondeful book entitled ‘Eat, Pray and Love’ written by Elizabeth Gilbert. ‘Eat, Pray and Love’ written by Elizabeth Gilbert was discussed on Thursday’s night in Oprah (Malaysian Time).
In my opinion, she didn’t knew what is her mission in her life. Not all the missions, vision things and etc. But, she didn’t knew what is the purpose of her life on this Earth. She just following the flow and in her own words, she admits that ‘her life is not resemble for what she wants’. So, she cried in her bathroom for more than 10 weeks in the row. She did not want any children and in her bathroom, she found GOD. It is ironically, isn’t it???
Pertama adalah skandal seks Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, selaku Menteri Kesihatan Malaysia, dengan ‘kenalan peribadi’nya (personal friend) dan peletakan jawatannya pada 2 Januari 2008 (NST Online Edition). Beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, Naib Presiden MCA, Ahli Parlimen Labis, Ketua Perhubungan MCA Johor dan Ketua Bahagian MCA Batu Pahat. Peristiwa ini yang mungkin menjadi ‘story of the year’ hanya berlaku pada minggu lepas.
Kedua adalah kes penculikan adik Sharlinie Nashar yang berusia 5 tahun pada hari Rabu 09012008 di Taman Medan, Petaling Jaya. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa kilometer dari tempat mayat Nurin Jazimin dijumpai (rujuk blog Lim Kit Siang yang bertarikh 11 Januari 2008). Kes ini berlaku sewaktu berlakunya peningkatan sebanyak 13.4% dalam kes jenayah di Malaysia, yang mencatatkan 224,298 kes jenayah pada tahun 2007.
Di samping kes penculikan tersebut, negara sekali lagi digemparkan dengan kes pembunuhan kejam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Dato’ S. Krishnasamy, selaku Timbalan Pengerusi MIC Johor. YB Dato’ S Krishnasamy telah ditembak pada jarak dekat di dalam lif bangunan MIC Johor di Johor Baharu pada petang Jumaat 11012008 (rujuk laman web Harakahdaily)
Apa sudah jadi, Pak Lah??? Dalam masa 2 minggu sahaja, terdapat 3 kes jenayah sensasi. Walau pun dalam kes Datuk Seri Chua dikelaskan sebagai kes politik, penulis berpendapat kes ini adalah kes jenayah dan polis wajar memanggil Datuk Seri Chua dan ‘kenalan rapat’nya untuk membantu siasatan polis. Bayangkan dalam tahun ini sahaja ada 52 minggu dan adakah kita, selaku rakyat Malaysia, terpaksa di’gempar’kan dengan 52 kes jenayah??? Tidak cukupkah dengan 3 kes ini untuk membuka mata Kerajaan untuk menubuhkan IPCMC (Independent Police Complaints dan Misconduct Commission)??? Atau Kerajaan hendak menunggu ketika negara digawatkan dengan 52 kes jenayah, baharulah Kerajaan sedar akan kepentingan pasukan polis yang betul-betul ‘Mesra, Cekap dan Betul’??? Fikir-fikirkanlah.......
Today is a new year of Islamic Calendar,1429H.